Tuesday , 28 April 2015
Terkini
Home » Daun Belalai Gajah » Cerita tentang GOUT
Cerita tentang GOUT

Cerita tentang GOUT

Apakah Penyakit Gout?

Untuk pengetahuan anda, penyakit gout adalah merupakan penyakit yang biasanya dihidapi oleh lelaki. Macamanapun, perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit Gout ini walaupun risiko tersebut  tidaklah sebesar kaum lelaki.

Apakah faktor yang menyebabkan gout 
Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan. Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Faktor Utama yang menyebabkan gout : 
1.    Asid uric berlebihan dalam badan
2.    Asid urik tidak dibuang dengan berkesan dalam badan.

Tanda-tanda penyakit gout menyerang :
1.    Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
2.    Sendi membengkak, kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam.
3.    Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur.

Faktor risiko untuk mendapat penyakit gout
•    Jantina – Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat Gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
•    Gaya hidup – Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
•    Obesiti – Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
•    Genetik – Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah Gout.
•    Umur –  Gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula Selepas umur putus haid.

Pantang bagi pesakit gout:

1. Jangan makan semua daging berwarna merah .

2. Jangan makan semua kacang.

3. Jangan makan seafood.

4. Jangan makan Sardin dalam tin.

 

Note:

Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari. ini baik untuk mengeluarkan asid urik secara semulajadi.

 

Gout (juga dikenali sebagai podagra) adalah satu keadaan perubatan yang biasanya dicirikan oleh serangan berulang-rulang dan keradangan artritis-merah, panas, bengkak bahagian sendi akut disebabkan oleh paras asid urik dalam darah. Asid urik menghablur dan deposit kristal di sendi, tendon, dan tisu di sekitarnya. Gunakan Extract Rumput Ular Sabah (SSG) bersama-sama dengan bromelain enzyme drink. Sabah Snake Grass (Daun Belalai Gajah) juga boleh merawat asid urik tinggi seperti Gout. Kedua-dua produk cepat untuk melegakan kesakitan.

 

 

Online Support

 

Leave a Reply

Or
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE