Monday , 27 April 2015
Terkini
Home » B17 » Aprikot Vitamin B17 [Utusan Malaysia 24/2/2013]

Aprikot Vitamin B17 [Utusan Malaysia 24/2/2013]

 

Kanser payudara

ABAD ke-21 menunjukkan perkembangan pesat berlaku dalam bidang sains dan teknologi. Namun disebalik perkembangan ini, tahap kesihatan manusia dilihat semakin merosot dan penyakit kronik metabolik dilihat bertambah dari semasa ke semasa. Penyakit kronik metabolik seperti kegagalan fungsi jantung dan sistem kardiovaskular, masalah sistem pernafasan, kencing manis, darah tinggi, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain sering menjadi penyebab utama kematian di Malaysia dan di seluruh dunia.

Dijangkakan 23.6 juta kematian akibat penyakit jantung dan 12.9 juta kematian akibat kanser berlaku menjelang 2030 di seluruh dunia. Begitu juga dengan penyakit kencing manis yang dilapor telah mencatatkan 650,000 kes baru setiap tahun di Malaysia.

Statistik yang membimbangkan ini berkemungkinan besar berpunca daripada tabiat dan sikap manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat seiring dengan perkembangan teknologi. Berdasarkan daripada kajian dan soal selidik, majoriti mengakui kurang bersukan dengan alasan masa yang terhad, penat atau terlalu sibuk dengan kerja. Malah lebih memburukkan keadaan ada diantara mereka ini adalah seorang perokok, sering mengambil minuman beralkohol dan tidak mengamalkan diet yang seimbang. Maka, risiko untuk menghidap penyakit kronik metabolik adalah sangat tinggi. Selain itu, kekerapan pengambilan makanan berasid dalam diet seharian juga merupakan salah satu punca utama seseorang itu mendapat penyakit kanser dan pelbagai penyakit kronik metabolik lain. Pelbagai bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan yang digunakan di dalam makanan dan minuman tanpa disedari mampu mendedahkan risiko tubuh badan kita untuk mendapat penyakit kanser.

Walaupun perubatan konvensional dikatakan mampu merawat kanser dan penyakit-penyakit lain, namun statistik pesakit kronik metabolik dilihat bertambah dari semasa ke semasa. Usaha dan kajian saintifik yang dilakukan oleh para saintis di seluruh dunia telah membawa kepada penemuan pelbagai jenis bahan makanan yang semulajadi terutamanya Aprikot B17 sebagai alternatif rawatan kanser dan penyakit-penyakit kronik metabolik yang lain.

 

Terapi Semulajadi

Penemuan sebatian-sebatian semulajadi dari tumbuh-tumbuhan dalam perawatan dan pencegahan penyakit telah lama diperkatakan oleh para saintis seluruh dunia. Sebatian semulajadi seperti Amygdalin atau Vitamin B17 atau Laetrile telah diuji keberkesanannya terhadap kanser pertama kali oleh seorang pakar Biokimia, Dr. Ernest T. Krebs pada tahun 1950. Kajian berikutnya dilakukan oleh pakar kanser Jerman, Dr. Dean Burk dimana beliau berkata, “Di bawah mikroskop, kami memasukkan Vitamin B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali,”

Selain itu, beberapa saintis perubatan yang lain juga turut memperakuinya. Antaranya, Dr Contreras dari Oasis of Hope Hospital, Mexico melalui ujian klinikal yang telah beliau jalankan terhadap 100,000 pesakit sejak tahun 1963. Katanya,”Kami mendapati Vitamin B17 sangat efektif untuk mereka yang menghidapi kanser. Malah, untuk menghalang kanser dan melindungi tubuh dari serangan semula kanser (relapse cancer), tiada yang lebih efektif berbanding Vitamin B17.”

Kajian ke atas Puak Hunza di pergunungan Pakistan mengukuhkan kenyataan ini apabila didapati pengambilan biji aprikot di kalangan mereka mampu melanjutkan usia mereka sehingga 120 tahun tanpa menghidapi sebarang kanser. Situasi yang sama juga berlaku pada haiwan liar di mana dalam habitat semulajadinya didapati tidak akan dijumpai mati akibat kanser. Sebaliknya, haiwan yang dipelihara di dalam zoo berkemungkinan besar akan mati akibat kanser walaupun diberi makanan yang kaya dengan nutrien tetapi tidak mengandungi Vitamin B17.

Vitamin B17 atau Amygdalin atau Laetrile merupakan agen kimoterapi semulajadi. Ia terdiri daripada Glukosa, Sianida dan Benzaldehyde. Sianida dan Benzaldehyde adalah bersifat racun. Namun dalam Vitamin B17, ia terkunci rapat dan tidak membahayakan. Struktur ini hanya boleh diuraikan dengan kehadiran enzim Beta-Glucosidase. Enzim ini tidak terdapat pada sel normal dalam tubuh manusia tetapi hanya terdapat pada sel kanser. Apabila Vitamin B17 berada dalam tubuh badan, ia akan meliputi sel-sel kanser dan secara semulajadi enzim ini akan menguraikan Vitamin B17 kepada elemen Sianida, Benzaldehyde dan Glukosa.

Elemen Sianida dan Benzaldehyde ini akan membunuh sel kanser tersebut. Lebihan Sianida akan ditukar kepada Thiocynate oleh Enzim Rhodanese. Thiocynate akan membantu untuk mengimbangi tekanan darah.

Manakala, Benzaldehyde yang berlebihan pula akan bergabung dengan molekul oksigen membentuk Asid Benzoik yang berupaya mengurangkan masalah rheumatic arthritis (sakit sendi).

 

Aprikot B17

TAHUKAH ANDA bahawa Vitamin B17 boleh didapati pada 1200 jenis tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan terutamanya biji aprikot. Pakar perubatan berpengalaman dan bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM yang juga penaung produk berjenama Farmas Health, Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot mengandungi Vitamin B17 paling tinggi berbanding tumbuhan lain serta mampu meningkatkan kesihatan sekaligus membantu mengurangkan risiko menghidap penyakit-penyakit kronik metabolik.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menggalakkan pengambilan biji aprikot yang mentah kerana dikhuatiri terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantarannya ke Malaysia. Ini amat merbahaya kepada kesihatan manusia dan boleh menyebabkan keracunan serta kesan sampingan yang negatif terhadap tubuh badan. Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa juga menggalakkan pengambilan biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji aprikot terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Ini amat penting bagi memastikan kandungan Vitamin B17 dan nutrien lain masih kekal dan tidak rosak serta bakteria, kulat dan sebarang radikal bebas dapat disingkirkan serta selamat dimakan.

Nutrien lain yang terdapat dalam biji aprikot termasuklah asid oleik dan asid linoleik yang telah terbukti berkesan membantu mengawal paras kolestrol dalam darah dan seterusnya membantu mengurangkan risiko masalah jantung dan salur darah tersumbat (artheroclerosis). Ia juga bersifat anti-diabetik (mengawal paras gula dalam darah) dan anti-keradangan (membantu mengawal masalah sinus, asma dan eczema atau keradangan kulit) serta berupaya merangsang perembesen hormon insulin. Kandungan thiamin, riboflavin, niacin, vitamin C, Vitamin E dan beberapa mineral semulajadi lain dalam biji aprikot juga menjadikannya amat sesuai untuk dijadikan sebagai nutrien tambahan bagi meningkatkan sistem imunisasi dan ketahanan tubuh badan tanpa memberikan kesan sampingan lain.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa berkata, “Aprikot kaya dengan Vitamin B17 yang dapat membantu merencat perkembangan sel abnormal dan sekaligus mengekalkan perkembangan sel sihat di tubuh badan.”

Keberkesanan Vitamin B17 dalam membantu mencegah dan merawat kanser telah diperakui dan telah mendapat testimoni yang menakjubkan oleh pesakit kanser bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Antaranya, Fanida, 74 tahun. Dua belas tahun yang lalu, beliau disahkan menghidap kanser payudara. Kemudian, pada tahun 2004, beliau telah didiagnosis pula dengan kanser ovari peringkat keempat dan telah menjalani kimoterapi. Walaupun telah disahkan sembuh, namun setahun selepas itu kanser menyerang semula di limfa, perut dan kawasan pelvis. Beliau telah diperkenalkan dengan Vitamin B17 dan mengamalkan pemakanannya secara konsisten. Setelah itu, terdapat perubahan positif yang ketara setiap kali melakukan pemeriksaan kesihatan. Sehingga kini beliau masih mengamalkan pemakanan Vitamin B17.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130224/kn_02#ixzz2awnaxWVE
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Or
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE