Tuesday , 28 April 2015
Terkini
Home » Pencegahan » 10 Tabiat yang akan merosakkan OTAK anda
10 Tabiat yang akan merosakkan OTAK anda

10 Tabiat yang akan merosakkan OTAK anda

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendedahkan 10 tabiat yang boleh merosakkan otak anda secara perlahan-lahan. Kebanyakan orang mempunyai tabiat ini termasuk anda, jadi inilah masa terbaik untuk membuang tabiat buruk tersebut.

 

1. Anda tidak merangsang MINDA anda. Otak direka khas untuk berfikir. Jika kurang rangsangan (berfikir) otak akan mengecut, jadi teruskan meneroka, menulis, berfikir, untuk menyegarkan otak anda. Lagipun proses pembelajaran bermula dari lahir hingga hari hari anda nyanyuk.

gp_continental_breakfast_o[1]

2. Anda tidak makan sarapan pagi. Ponteng sarapan pagi merendahkan kandungan gula dalam darah anda, yang seterusnya menyumbang kepada kekurangan nutrisi kepada otak anda. Dalam jangka masa panjang ini akan degenerasi otak anda.

 

3. Anda cenderung makan berlebihan. Kebiasaannya bila anda tidak mengambil sarapan pagi, anda akan makan berlebihan. Overeating bermaksud anda makan lebih daripada apa yang badan anda perlukan, lalu menyebabkan arteri di otak mengeras dan menyusutkan kekuatan minda anda.

 

4. Anda merokok. Telah menjadi pengetahuan umum bahawa rokok merbahaya kepada jantung anda malah ia juga memberi kesan buruk kepada otak anda, menyebabkan sel sel otak mengecut. Nikotin memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada penyakit Alzheimer.

m5[1]

5. Anda memakan terlalu banyak gula. Jika anda kerap menikmati makanan yang manis-manis, ia dapat menghalang penyerapan protein dan nutrisi dalam badan anda. Pembangunan minda terhalang dan masalah kekurangan zat makanan akan berlaku.

 

6. Anda tidak cukup TIDUR. Jika anda selalu menafikan waktu tidur anda, lambat laun ia akan MEMBUNUH sel-sel otak anda. Bila anda jadikan perkara ini tabiat, ia akan menyebabkan kehilangan memori (memori loss)

sleep-deprived1[1]

7. Anda menutup kepala apabila tidur. Tabiat kebanyakan orang menyelubungi kepala atau menutup kepala bila tidur. Malangnya tabiat ini akan menyebabkan pengumpulan karbon dioksida yang membawa kepada kekurangan oksigen dalam pernafasan dan otak. Kerosakan otak termasuk demensia dan sakit mental serta histeria mungkin akan berlaku pada anda walaupun pada usia muda.

 

8. Anda tidak BERCAKAP dengan orang lain. Dengan peningkatan smartphone dan tablet pada masa kini, anda berkemungkinan besar hanya bersms dan chatting dengan sahabat di alam maya. Apa yang anda perlukan ialah bercakap berdepan dengan orang sebenar. Malah ianya lebih membantu jika perbincangan anda lebih ke arah intelektual kerana ia membantu perkembangan dan kecekapan otak anda.

Does-Your-Vibe-in-Social-Interaction-Repulse-People[1]

9. Anda tidak berehat dengan cukup. Bila anda sakit, anda tahan sakit dan  meneruskan perkerjaan anda atau sambung menelaah / belajar.  Sebenarnya ia boleh tidak membantu anda menjadi bijak malahan ia akan merosakkan otak.

 

10. Anda tinggal di tempat udara kotor. Otak anda perlukan oksigen. Jika selalu terdedah kepada asap bahan kimia dan karbon dioksida tinggi, otak anda akan merosot dalam jangka masa yang sangat cepat. BERHENTI menghirup udara tercemar dan pergilah ke tempat yang udara bersih dan segar.

 

Jika anda hanya mempunyai satu atau dua atau semua tabiat di atas, BANGUN lah dan sedarlah sudah tiba masanya untuk anda menghapuskan tabiat tersebut untuk mengelakkan kemusnahan dalaman badan anda terutamanya organ paling penting dalam badan anda iaitu OTAK anda.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE