Wednesday , 29 April 2015
Terkini
Home » Pencegahan » 10 Perkara tak disangka Memusnahkan Imuniti Kita
10 Perkara tak disangka Memusnahkan Imuniti Kita

10 Perkara tak disangka Memusnahkan Imuniti Kita

10 Perkara memusnahkan sistem imun badan kita

Anda basuh tangan, sanitize dan elak bersentuh atau berjumpa dengan orang sakit, tapi masih lagi boleh demam. Kenapa? Terdapat perkara yang tak disangka yang mengurangkan imuniti anda.

Jangan risau kami ada tips panduan untuk menjadikan tubuh anda kuat semasa musin demam dan selsema ini

immunity-01[1]

Udara yang tercemar

Semua asap dan kabus tidak memberi apa apa kebaikan kepada paru paru serta sistem imuniti anda. Kajian mendapati udara yang tercemar dan kotor menyekat Sel-sel T, yang penting untuk sistem imun badan dan boleh menyebabkan  keradangan yang berlebihan pada badan anda.

Solusi: Melabur pada air purifier  atau penapis udara bersih di rumah anda. Terbaik pilih jenis High-efficiency particulate air (HEPA  air filter) kata Frances Goulart, pengarang Super Imunity Foods. Walaupun anda tidak dapat mengawal udara di luar rumah anda sekurang kurangnya anda dapat bernafas dengan selesa di dalam rumah, tambah beliau lagi.

 

immunity-2a[1]

Anda hanya duduk sepanjang hari

Jika anda selalu dengan desk-job, anda hanya menghabiskan masa dengan duduk terperuk di kerusi anda. Ini boleh memperlahankan kadar metabolisme anda yang seterusnya menyebabkan badan anda menyerap nutrien yang membantu imuniti dengan kadar yang lebih perlahan, menurut Joel Fuhrman, M.D., penulis Buku Super Immunity.

Solusi: Setiap setengah jam, sila bangun dan berjalan-jalan selama 5 minit. Pergerakan-pergerakan kecil ini boleh mengaktifkan otot dan meningkatkan metabolisma badan.

 

immunity-03a_0[1]

Pemilihan produk kecantikan yang salah

Foundation, concealer, gincu dan kosmetik lain tidaklah hanya berada di atas kulit anda – badan anda menyerap bahan bahan tersebut sepanjang hari! kata Goulart. Beberapa barang kosmetik mengandungi bahan – bahan sintetik dan mungkin bertoksik seperti sodium lauryl. Memandangkan badan kita tidak biasa untuk menyerap dan memecahkan komponen tersebut, ia dapat melepasi sistem pertahanan badan semulajadi kita.

Solusi: Gunakan produk semulajadi jika boleh. Secara umumnya, semakin sikit kadungan(ingredients) dalam produk tersebut semakin selamatlah produk tersebut untuk sistem imun kita, kata Goulart lagi. Untuk mendapatkan info lanjut tentang produk selamat anda bolehlah ke melakukan carian di database produk dan kandungan produk kecantikan ini.

immunity-04a[1]

Jangan Makan Makanan Ringan

Cookies memang sedap tapi tepung putih dalam beberapa produk yang dibakar merosakkan se-sel T dan B dalam badan anda yang amat penting dalam sistem melawan penyakit. kata Susan Blum, M.D., pengarang The Immune System Recovery Plan.

Solusi: Pastikan bijiran yang anda makan adalah bijiran penuh( whole grains) dimana ia mempunyai serat penting untuk menguatkan sistem imun anda, kata Blum.

immunity-05[1]

Anda tidak mementingkan waktu tidur

Jika badan anda tidak menghasilkan melatonin yang cukup sewaktu anda tidur, sistem imun anda tidak boleh menghasilkan sel darah putih yang cukup untuk melawan bakteria dan memulihkan serta merawat badan anda. kata Furhman.

Solusi: Set masa antara tujuh hingga lapan jam waktu tidur anda setiap malam. Susah sangat ke?  15 tips untuk tidur nyenyak mungkin boleh membantu anda.

immunity-06a[1]

Diet anda mengandungi terlalu banyak PROTEIN

Protein berlebihan terutamanya daripada haiwan menyebabkan badan menghasilkan lebihan hormon IGF1 yang telah dikenal pasti mempercepatkan process penuaan dan menghalang sistem imun bertindak, kata Furhman.

Solusi: Tidak lebih daripada 10% daripada kalori harian anda daripada sumber haiwan (daging dan dairy). Kalau ianya tidak membantu Furhman mencadangkan kurangkan lagi pengambilan protein haiwan sehingga 5% sahaja sehari.

immunity-7[1]

Kebanyakan masa hanya berseorangan

Mereka yang kesunyian cenderung kurang berdaya tahan dalam menghadapi tekanan, sehingga menyebabkan sistem imun mereka menderita menurut Sheldon Cohen, Ph.D., seorang ahli psikologi di Universiti Carnegie Mellon.

Solusi: Tetapkan waktu tertentu untuk berjumpa dengan orang – tidak kisah lah sama ada sahabat, rakan sekerja atau jiran. Hubungan ini akan menguatkan daya tahan kepada jangkitan

immunity-09[1]

Anda hebat hadapi tekanan

Anda mungkin berfikir anda perform di bawah tekanan, tetapi tekanan kronik meningkatkan tahap kortisol, yang mengurangkan tahap hormon seperti testosteron dan estrogen, kata Blum. Dan apabil tahap hormon seimbang, sistem imun anda boleh bertindakbalas terhadap ancaman dengan lebih pantas.

Solusi: Jika anda merasa anda sentiasa dalam tekanan, sudah tiba masanya anda belajar cara mengurangkan tekanan. Tiada masa untuk berehat? Cuba 40 tricks ini.

 immunity-10a[1]Diet anda tidak mengandungi cukup Lemak Baik

Ya, anda harus mengelakkan pengambilan lemak trans dan lemak tepu. Akan tetapi lemak sihat seperti yang di dapati dalam ikan, avocado, dan kekacang mempunyai ciri-ciri anti-radang yang membantu mengawal sistem badan kita, kata Blum.

Solusi: Elakkan makanan yang diproses, dan hadkan pengambilan daging haiwan (yang sarat dengan lemak tepu). Sementara itu anda juga mahu menambah diet anda merangkumi makanan seperti salmon, sardin, badam dan kale kerana ianya penuh dengan omega-3 dan omega-6.

 

immunity-08[1]

 Anda peminat kopi?

Terdapat banyak sebab kenapa anda taksub dengan kopi, akan tetapi menambah tenaga ini juga boleh menyebabkan tekanan darah anda naik dengan tiba tiba (spike), secara tidak langsung sistem imun anda terpaksa kerja overtime untuk menstabilkan tekanan darah anda. Menurut Blum lama kelamaan sikap ini  boleh merendahkan imuniti anda.

Solusi: Cuba hadkan pemgambilan kopi kepada hanya 2 cawan setiap hari. Dengan cara ini tidaklah tekanan darah anda naik turun seperti rollercoster yang tidak berkesudahan

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE